Wan Nur Batini Wan Idris, KL ( http://www.sefitrah.com )
Assalamualaikum dan salam sejahtera,Ramadhan makin melabuhkan tirainya, kini syawal pula akan menziarahi kita, mungkin ada yang tak merasa kenikmatan ramadhan yang sebenarnya, tetapi syawal pula yang di tunggu-tunggunya.

Syawal adalah hari kemenangan umat Islam, dengan itu saya nak ucapkan salam Aidilfitri kepada Alaf21FC, Novel fans, semua MT Alaf21FC, kakitangan, novelis dan semua yang terlibat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya, Insyallah....


Faizul bin Kamaruddin(pezul), Shah Alam, Selangor
Assalamualaikum kepada warga Alaf21,
Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada ibu bapa saya yang berada di kampung, rakan-rakan yang mengenali dan juga ingin mengenali saya, serta kepada mereka yang telah berkunjung ke blog saya.

Tidak lupa juga kepada abang Ramlee Awang Mursyid. Saya suka hasil karya abang. Itu sahajalah.Juga warga Alaf 21 dan pakcik mersik hehehe



Nieys Zahri, Shah Alam , Selangor
Selamat berhari raya buat semua ahli Alaf21 FC. Terutama sekali untuk yang sudi-sudi berkunjung ke tanah jajahan saya di cetusan inspirasi tu. Ampun maaf dipinta. Semoga kita semua dapat bersua lagi selepas hari raya dan mengeratkan silaturrahim sesama kita meskipun sekadar di alam maya ini..


Berhati-hatilah di jalanraya. Semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat juga kembali. Diharap rumah yang ditinggalkan juga selamat tanpa 'dijengah' makhluk-makhluk perosak yang suka membuat rumah terbuka.. siapa lagi kalau manusia yang pandai memecahkan pintu..Hmm.. apa lagi.. panjang la pulak..Itu je la kot.. "



Faizah Ishak,KL
Salam Lebaran Aidil Fitri,
Diucapkan kepada semua umat Islam terutamanya Alaf21 Fan Club & Org Kuat Alaf21 Fan Club, Warga Alaf21, Semua novelis alaf21 dan Semua peminat novel & peminat novel alaf21 & rakan-rakan maya blog alaf21 fc

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA,


STAY TUNE.... STAY ALIVE......


Selamat Hari Raya ,Maaf Zahir Batin



Rozaanita dan Romihaniza, KL.
SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA AHLI ...

Ada mata pandanglah Keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kasih sayang
Ada silap dan salah harap di maafkan...

Ada kalanya mata salah melihat;
Mulut terlanjur bicara
Hati berprasangka..Janji terabai..
Maaf Zahir dipinta...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati