Beberapa hari yang lepas kami mendapat kiriman berita dari Novelis Ayu Emelda yang kini sedang selamat menjalani kehidupan barunya di Troy New York

Banyak juga yang Ayu ceritakan selain hendak berkongsi pengalaman beliau dan keluarga berpuasa dirantau orang.

Antara cerita2nya kepada kami ialah ;


Ayu masih lagi dlm proses menyesuaikan diri dgn cuaca. Walaupun summer tapi sejuk memanjang. ini belum lagi time winter. Di Troy ini agak pedalaman, nama saja new york state, tapi jauh dari bandar, lebih kurang 3 jam melalui highway. Novel kedua dah tergendala sekejap. Entahlah, otak sedikit beku! sejuk sangat! Sekarang belum ada kesempatan nak jalan2, kereta belum ada. Tension jugak bila terperuk kat umah. Kebetulan kalau jiran dari Malaysia yang tinggal dua blok dari rumah ajak ke mana2, barulah ada peluang tengok pemandangan di Troy.
Ayu sertakan sekali gambar2 semasa melawat ladang epal.


Ayu sekeluarga berpuasa macam biasa. berbuka pukul 6.40 dan imsak lebih kurang 5.30pg. Yang pasti, tiap2 hari kena masak. ayam/ daging halal beli kat kedai Pakistan, di Albany. jaraknya mcm KL ke Putrajaya. di Troy cuma ada 2 family, student 30+. perancangannya akan selalu ada majlis berbuka dirumah untuk adik2 yang bujang tu. Tapi kena ikut giliran. Kalau semua sekali memang tak terdaya.

Cuaca disini bertambah sejuk. Angin pun agak kuat. Sedar tak sedar rupanya dah masuk fall( musim luruh). Pernah sekali tu turun hujan batu, sebesar biji guli. pintu dgn tingkap macam diketuk2 orang. Huh! suspen betul. Anak2 dah lari masuk bilik. Confuse... dengar bunyi ganjil mcm tu! Oh ya , alamat Ayu disini ialah ;

Ayu Emelda
166, 9th STREET, 1st FLOOR, NORTH TROY, 12180 NEW YORK, USA.

Harap2 ada le sesiapa yg sudi hantar kad Hari Raya.

Salam perantauan,

AYU EMELDA

Wah, menarik sungguh pengalaman Ayu diluar negara nih. Apa2 pun kita ucapkan supaya Ayu ceria selalu dalam menyambut bulan puasa ni dan berpeluang melalui pengalaman baru, berhari raya di rantauan.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati