Sekalian warga Alaf21 FC. Ini ada satu berita baik. Bagi mereka yang mempunyai imiginasi dan kreativiti yang tinggi dalam berbahasa, peraduan dibawah sangat2 sesuai untuk anda. Manalah tahu kalau2 anda ada bakat yang yang terpendam, hanya menunggu masa sahaja untuk diluah dalam bentuk ayat2yang indah dan puitis. Bolehlah menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Alaf21 dibawah ini
SETIAP minggu, kami akan memilih tiga orang pemenang untuk PERADUAN KATA-KATA INDAH menggunakan tajuk-tajuk buku terbitan Alaf 21. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan mengikut kreativiti anda.
Jenis persembahan tidak dihadkan kepada madah & puisi sahaja tetapi mungkin lirik lagu, lagu & apa sahaja. Alaf 21 berhak mengedit jika didapati perlu. Hadiah akan dihantar sebulan dari tarikh karya anda disiarkan. Hantarkan karya anda di alaf@alaf21.com.my beserta nama penuh, alamat surat menyurat & no. telefon menggunakan KATA INDAH sebagai tajuk e-mel.
CONTOH KARYA:

Salam diberi tangan digenggami,
Buat dirimu yang aku rindui,
Kini aku muncul kembali,
Untuk meluahkan apa yang terbuku dihati.

Sukar untukku memulakan bicara,
Buat tatapan dirimu yang masih kucinta,
Redup matamu membawa makna,
Menikam kalbu, hati yang lara,
EPILOG CINTA itulah kalimahnya.
RAHSIA PERINDU terbongkar sudah,
Bait kata menjadi madah,
SELAUT KASIHmu telah kuredah,
Hingga kini tiada penyudah,
Aku pasrah!
BAYU ASMARA yang dulu mengganas,
Membuatkan aku sukar bernafas,
Tenggelam timbul berhempas pulas,
BERIKAN CINTAMU yang dulu kulepas.
SEMUSIM RINDU telah berlalu,
Kini kita telah bertemu,
SATU JANJI dalam seribu,
Moga termeterai di alaf yang baru.

DENDAM SEMALAM masih terasa,
Luka dihati tinggal parutnya,
RINDU YANG PERGI tetap setia,
Adakah harapan untuk bersama?
Dengarlah hati dengarlah jiwa,
MENITI MIMPI janganlah hendaknya,
Satu pesanan luahan rasa,
Dari si ADAM untuk si Hawa.

Diciptakan wanita sebagai isteri,
Untuk lelaki bergelar suami,
Ditiupkan kasih dan cinta di hati,
Semoga JANGAN ADA DUSTA dan janji dimungkiri.

Sekelian kali aku bertanya,
Sudikah engkau untuk terima?
NAK KE TAK NAK berdebar rasa,
JANGAN TIDAK-TIDAK itulah harapan yang aku damba.
HADIRNYA CINTA tanpa dipinta,
Tanda kuasa Yang Maha Esa,
SEREDUP KASIHMU menikam jiwa,
Mengalirkan rasa yang teristimewa,
CINTAMU DIHATI itulah punca.

LAGU RINDU mewangi di taman,
KAU UNTUKKU menjadi impian,
SEIRING SEJALAN berpimpin tangan,
Berputik kemesraan yang diangan-angankan.

1001 PETUA dijadikan pedoman,
Buat bekalan dalam kehidupan,
SYURGA RUMAHTANGGA itulah harapan,
Semoga berkekalan sepanjang zaman.

ASAM GARAM GULA & KOPI,
Menu utama suami isteri,
Istana indah megah berdiri,
Di ALAF 21 segala-galanya bermula kini!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati