KALAU ditanya siapakan Novel yang paling murah rezekinya dibulan Ramadhannya, sudah tentu tak lain dari novelis prolifik kita iaitu Aisya Sofea. Novel terbaru beliau bertajuk 'Buatmu Kekasih' sudah pun berada di kedai-kedai buku sekarang.

Hadiah untuk anda semua yang dahagakan karya beliau. Novel yang memuatkan lima novel terdahulu beliau ini merupakan titik sambungan dengan melakarkan sebahagian watak-watak yang pernah dicipta oleh Aisya Sofea.

Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun yang terluka ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.

Buatmu Kekasih menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga berlampukan sinaran bulan yang satu.
Oleh itu, apa tunggu lagi. Dapatkan segera novel ini. Selamat Membaca!

Kalau ada yang sudah membacanya, diharap sudi untuk berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai novel ini.


SELAIN dari itu, berita terkini dari Aisya Sofea ialah dia telahpun selamat melahirkan cahaya mata kelima pada 27.9.2006, jam 4.15 petang di Pusat Perubatan Pantai. Putera comel seberat 3.6 kg ini pastinya menambahkan seri dalam kebahagiaan hidup berumah tangganya bersama suaminya Wan Mustafa.

Ibu kepada empat orang anak ini (dua lelaki dan diikuti dengan dua perempuan) melahirkan rasa syukurnya ke hadrat ILAHI kerana proses kelahiran kali kelima ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi.

Cuma kalau ada sedikit masalah pun... hanyalah kebuntuan `mama dan papa’ berdua ni untuk memberikan nama kepada hero baru ini. Atau mungkinkah Aisya ingin mengabadikan salah satu nama hero ciptaannya untuk cahaya mata kali ini???

Kami di Alaf21 serta sekelian peminat Aisya Sofea mengucapkan tahniah banyak2 diatas kelahiran Novel dan juga “orang baru” dalam keluarga beliau. Doa dan harapan kami semoga Aisya Sofea sihat sentiasa dan ceria selalu dalam menjalani proses berpantang.

Walau apa keadaannya sekali pun, bila tiba hari raya nanti,

RAYA JANGAN TAK RAYA !..gegegege..

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati