Tahun ini Alaf21 FC telah mengambil inisiatif untuk membuatkan sekalian ahli merasa seronok dan gembira. Tak lain tak bukan ialah pemberian kad Hari Raya. Walau pun sekarang ini telah banyak cara yang agak canggih dan ber "IT" tinggi, namun kami memilih untuk kekal klasik dan serba tradisional. Sebabnya, kata Abang Long, nilai sekeping kad yang dilayangkan tu besar ertinya pada si penerima, apatah lagi dari Kelab yang memang sentiasa menghargai setiap ahli yang bernaung dibawahnya.

Maka pada suatu malam minggu yang lepas2, bertempat di “Pos Sementara” Alaf21 FC iaitu di Khulafa Bistro diseksyen 7, Shah Alam, kami semua berkumpul untuk memproses kad2 hari raya yang akan dikirimkan kepada para sekalian ahli Alaf21 FC.

Pertemuan yang dijadualkan selepas pukul 10 malam tu amat2lah beerti apabila dihadiri oleh tiga orang2 kuat Alaf21FC seperti Abang Long, Budi dan juga mersik.

Sampai sahaja disana, tanpa membuang masa, kami terus buat kerja sambil sekala sekali berborak dan berbincang mengenai aktiviti kelab hari raya nanti.

Walau pun jam hampir meningkat ke awal pagi, namun bagi Abg long, Budi dan juga mersik ianya tidak menjadi halangan untuk mereka terus duduk dan "mengerjakan" kad2 yang hampir mencecah tiga ratus keping itu.

En. Budi merangkap sekretari “mudim terjun” kami, bertugas memeriksa dan menulis alamat pada kad. Sementara mersik dan abang long pula membuat pemeriksaan terakhir sebelum menurunkan tandatangan. Ini perlu supaya tidak terdapat kesalahan dan kesesatan pada sang penerima kelak.


Diatas meja, bersepah2 kad dengan alamat2 serta setem yang memang sedia ada. Kami teruskan juga walaupun mata yang bulat mencerah hampir2 menjadi cengkung kuyu. Namun apabila dibantu oleh beberapa gelas kopi, teh dan nescafe yang di “tarik2” dan sesekali diselang seli dengan mee goreng mamak, membuatkan tenaga2 kami seperti dicas semula.

Kami bersurai hampir pukul 3 pagi apabila masing2 sudah “angkat tangan” dan pedih mata. Hampir keseluruhan kerja sudah siap. Walaupun ada beberapa hal yang timbul, secara keseluruhannya, kami semua berpuas hati. Begitu juga pelayan restoren tersebut ( sebab banyak makanan laku kut..gegege).

Harapan kami, semoga kad2 ini akan selamat sampai dan dapatlah menceriakan hati setiap setiap ahli Alaf21 FC yang menerimanya. Tanpa anda semua, siapalah kami.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati