Diantara banyak-banyak kumpulan penulis dipesta buku baru-baru ini, kumpulan yang paling gamat sekali dan meriah ialah apabila ada salah satu dari novelis ini. Sama ada Lynn Dayana, Rose Harissa ataupun Lily Suriani, ada-ada sahaja cerita-cerita lucu yang hendak dibualkan. Kadang-kadang mereka ketawa bersama, selalu usik mengusik, gossip menggosip dan sebagainya. Kalau tidak pun tentu ada-ada saya yang dikunyah sementara belum diserbu oleh peminat. Haa, jangan tak tahu, dibawah meja penulis ada banyak rahsia dan makanan adalah salah satu daripadanya, kerepek-kerepek atau jajan-jajan yang boleh dikudap-kudap sambil berborak-borak.


Lily Suriani , kini bolehlah berasas edikit lega kerana penantian selama beberapa tahun akhirnya terbalas dengan kelahiran baru novelnya “ Atas nama Cinta “ dan menjadi salah satu dari trio novel bulan April. Kalau anda semua masa ingat , novel awalnya ialah “Pelabuhan Kasih “ .

Dan kalau tiada aral melintang satu lagi kelahiran dalam keluarganya bakal menyusul dalam bulan Julai iaitu cahaya matanya yang ke 4. Teringat pula Aisya Sofea yang mendapat rezeki yang berganda pada tahun lepas.

Namun walaupun dah sarat, dia tetap juga datang saban hari ke pesta buku. Dan cerianya pula kadang-kadang macam orang yang tak mengandung. Apatah lagi bila berkumpul bersama rakan-rakan penulis, lagilah banyak cerita yang hendak dibualkan.

Rose Harissa atau nama sebenarnya Nora Ismail kali ini saya nampak lebih kuat ketawa. Pantang sahaja Lynn Dayana membuat cerita, tentu lepas itu berderai tawa mereka. Sekurang-kurangnya pesta buku tahun nih agak meriah baginya. Bukunya yang berjudul “Berikan Cintamu” juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Ada juga yang datang beramah mesra serta memberikan komen mengenai novel sulungnya itu.

Selain menulis, beliau juga melukis illustrasi untuk majalah Apo. Memang Kreatif ibu yang mempunyai seorang anak lelaki ni. Sekarang ini beliau akan menumpukan sepenuhnya tentang penulisan buku yang kedua. Tentu tak lama lagi akan keluarlah itu. Semoga berjaya untuk Rose Harissa.


Lynn Dayana pula bolehlah menarik nafas lega dan tersenyum lebar, kerana bukunya “ Jika benar Cinta “ sudah pun diulang cetak kali kedua. Ternyata ramai pembaca yang meminati karyanya. Tentu seronok kalau-kalau ada peminat yang datang bertanya bilakah novel keduanya akan keluar. Itulah, kalau jalan cerita baik dan begitu mengusik perasaan, tentu sekali mereka akan kembali mengingati.
Sama seperti rakan-rakan yang lain, pesta buku tahun ini amat menyeronokkan. Tempat pun selesa, banyak meja yang disediakan dan ramai penulis-penulis boleh turun padang. Akan datang kalau keadaannya macam ini juga tentu best.

Demikianlah serba sedikit cerita mengenai ketiga-tiga novelis tersebut. Rata-rata kebanyakan penulis-penulis baru Alaf21 semunya mempunyai tarikan yang tersendiri dan karya-karya mereka juga diminati ramai.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati