Diam tak diam sudah hampir seminggu kita meraikan Aidil Fitri yang mulia ini. Sejak dari hari2 terakhir puasa, tibalah hari raya yang disambut dengan riang gembira, merasai suasana beraya di desa, bersua sanak saudara, jiran tetangga dan teman tapi mesra, hinggalah tanpa disedari sudah hampir seminggu ianya berlalu.

Begitu lah juga lumrah bercuti panjang ni, bila nak mula balik kerja ada rasa sedikit malas seolah2 tak puas beraya atau berehat. Namun pada setiap hujung minggu nih mungkin agak sibuk dengan undangan rumah terbuka atau aktiviti Amazing Race berhari raya.

Kami di Alaf21 FC juga mengalami rasa2 yang sebegitu. Maklum lah, lama tak bersiaran secara aktif , idea pun jadi kontang dan lesu. Banyak juga aktiviti selepas raya yang telah direncanakan, cuma belum diconfirmkan lagi. Lagi pun, kami teringin nak berjumpa dan berhari raya dengan sekalian ahli.

Dan lagi tentu anda pun ada banyak cerita yang hendak dikongsikan bersama masa raya hari lalu tu. Pengalaman2 indah, resah, pahit, manis dan payau. Pengalaman beraya kali pertama dirumah mertua, atau mungkin juga bertiga dengan kehadiran orang baru dalam keluarga. Berjumpa si dia yang tersayang, yang dah tercegat didepan umah subuh2 raya. Alahaii, tentu seronok tak tergambarkan.

Mungkin sakan anda beraya dengan baju baru. Juga selipar baru ( yg mungkin tersalah sarung lagi sebelah dek kerana obses nak beraya gegegege), songkok baru yang ada jambul, sampin baru serta apa2 lagi yg layak baru.

Belum lagi tentang aktiviti2 makan2nya . Semuanya disapu habis, tolak pinggan batu dengan kayu cungkil gigi jek. Yang lain seme.. selamat. Kut ada juga yang berebut2 nak menaikkan berat badan yang diyakini telah kurus habih (walau turun setengah kilo jek puasa lalu). Akibatnya, banyak tetamu raya yg tak diundang ( sang darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung) akan menanti didalam badan anda bersedia untuk “beraya” sakan. Inilah yang dinamakan, beraya sampai lupa diri..alahaiii

Mungkin tidak juga kalau2 kita kehilangan insan2 yang tersayang. Ayah bonda atau saudara. Itu sudah takdir bagi setiap manusia. Kita haruslah reda dan tidak melupkannya.

Raya juga bermakna sudah agak lama anda tidak membaca novel. Hah! Tahu tak apa novel yang terbaru dipasaran? Jangan sampai lupa terus sudahlah. Nanti nak memulakan membacanya akan jadi seperti penyakit diatas pulak..malas2an gitu..

Walau apa pun hari yang berlalu, kita tidak mampu untuk merubahnya. Namun kita sendiri bolah mengawalnya. Serentak dengan masa yang berlalu, tidak lama lagi hari2 kita akan jadi seperti biasa semula. Baik raya atau tidak raya, kita akan jadi apa yang kita fikir dan lakukan. Kesimpulannya, eloklah bersederhana dalam segala2nya.

Maaf kalau banyak menceceh pulak. Saja nak mengaktifkan otak2 yg lemah lesu , yg malas nak memikir2 disamping nak mencari idea2 baru ini.

Kepada sesiapa yang telah menghantar kad ucapan hari raya tu, terima kasih daun keladi kami diucapkan. Ingatan anda terhadap kami amat2lah dihargai.

Semoga anda akan ceria selalu menjalani hari2 yang berlalu bersama kemeriahan Aidil Fitri dengan ceria.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati