Dalam banyak2 novelis yang saya sapa dan tegur semasa jamuan di Alaf21 baru2 ini, ada seorang sahaja novelis yang menegur saya dahulu. Ini membuatkan saya sedikit terkejut, tapi banyak yang seronoknye hik hik. Alahaii.. sekurang2nya adalah juga yang mungkin perasan akan kehadiran saya ni.

Novelis tersebut tak lain ialah Lily Haslina Nasir yang sekarang ini telah pun melahirkan novel barunya berjudul “ Epilog Cinta” . Selain dari novel ini, beliau juga ada menulis buku "sesuci kasih Norlina Alawi " berkisar mengenai kegigihan seorang ibu bernama Norlina Alawi yang sanggup membesarkan anak2 pesakit HIV/AIDS. Lain dari itu ialan buku masam2 manis yang paling baru dipasaran. Amboi..rajin juga dia menulis..

Lily haslina bukanlah nama baru dalam dunia penulisan. Beliau juga berpengalaman dalam bidang penerbitan majalah seperti majalah Jelita.

Dan khabar2 nya dia sudah ada blog sendiri. Haa! Ini sudah bagus, mari kita berziarah ke blog barunya untuk mengetahui tentang perkembangan dan projek2 yang sedang dilakukannya. Ramai peminat diluar sana yang teringin nak berhubung dan juga berinteraksi dengannya. Selain dari tuh, nak chat2 pun boleh...

Hah! Jom kite terjah… !

http://lilyhaslinanasir.blogspot.com

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati