( Dari kanan , abg long, li hoon, Farah, Bedah, Ina, Amiza, Rosha, Pu3 (yg nampak muka jek tu), Nani, Ija dan Nana ). Yg mencangkung : Budi , Mardhiyah, Miza dan Rozaanita
Kebiasaannya bila nak beraya ramai2 nih kenalah berkumpul disatu2 tempat tertentu, supaya senang semua menunggu ataupun mencari. Kali ini seperti biasa Stesen Komuter Shah Alam Seksyen 19 menjadi lokasinya. Memandangkan ada diantara ahli yang menggunakan perkhidmatan komuter, tempat itu dikira paling sesuai. Lagi pun ia adalah satu2 nya stesen komuter yang dikenali ramai di Shah Alam selain dari stesen Padang Jawanya yang agak kecil dan terceruk sedikit.
Penantian bermula jam 9.50 pg. Namun ada juga yang dah sampai lebih awal. Ceh cehh..nih mesti tak sabo2 nih.. Apa tu orang kata, teruja. Lagi pun lebih baik awal dari lambat. Tapi yang mula2 sampai dulu ialah Prebet sapu pokcik mersik lah, lepas itu Budi , yang lebih gemar berskuter dengan pakaian ala2 Power Rangernya, tapi masih steady. Tak lama lepas tu masing pun mula muncul hinggalah semuanya sudah lengkap bersedia bersama senyuman lebar dan perut berkeroncong yang sengaja ditahan2.
Kalau semua dah ada, mari lah kita kesanaa….!
Tak sangka pula ye, kami merupkan kumpulan yang terawal sekali sampai. Nasib baik abg long tak suruh terpacak2 disana sesudah subuh. Kalau tidak sia2 kena tolong pasang khemah dan gantung belon2nya sekali..alahaii. Namun begitu kedatangan kami disambut dengan begitu mesra sekali olah warga Alaf21 terutamanya kak Wan , Ruby, Molee dan beberapa staff yang lain.
Kebetulan caterer sedang sibuk menyediakan makanan, kami semua teruslah menyerbu kedai buku utuk mencari buku apa yang terbaru dirak2 sana. Alahaii kalian nih, pantang jumpa buku, mulalah nak mengulit2, membelek2, melayar2..dan akhirnya membayar2 gegege.
Kemunculan En Nordin juga mebuatkan kami rasa gembira. Sempat jugalah duduk bersembang sementara menanti makanan sedia. En Nordin banyak bertanya mengenai perjalanan kelab selain membincangkan tentang aktiviti yang mungkin boleh dibantu sedaya mungkin oleh pihak Alaf21. Sememangnya peluang2 sebegini memang sentiasa kami nanti dengan besar hati. Lagi pun jeputan ke majlis yang sebegini pun sudah cukup untuk membuat kami dihargai.
Dan rasa2nya kami jugalah yang mula2 sekali meresmikan makanan2 yang ada dihidangkan itu. Namun semunya agak malu2, hingga terpaksa pokcik mersik memberi lalu. Tapi apabila pokcik dah tersua dengan satay kegemarannya, maka semakin berdebar2lah gementarnya, berdegup2 hingga turun sampai ke perutnya.
Tapi bab2 makan2 nih memang tak usah nak di malu2. Pokcik dah pesan awal2 lagi, buat macam rumah sendiri. Ambik sendiri kat depan tu haaa. Semua ada , nasi , ayam, rendang, satay lengkap dengan ketupat2nya sekali. Kira macam jamuan Hari Raya gitu , erks ?? gegegee
Dan pokcik mersik pun ada pesan jugak “ Yang tak ada tu, jangan di ambik.” .gegege alahaii..
mersik
One comment
Comment by Anonymous on 9:49 PM
malu tapi mau...
ferzoul
www.pezul.blogspot.com
Post a Comment