Dalam pada menikmati jamuan dirumah Damya Hanna minggu lepas , maka terserempaklah kami dengan seorang novelis ni yang rasanya tak perlu rasanya dikenal2kan lagi. Dengan buku terbarunya berjudul “Buatmu Kekasih” yang meletup2 dan orang baru dalam keluarganya, tak lain tak bukan ialah Aisya Sofea.

Beliau hadir ditemani suami dan dua dari anak2nya. Lagi pun tempat tinggalnya pun tak berapa jauh dari rumah Damya Hanna. Apa lagi, kami pun tak nek melepaskan peluang untuk berbual2 dengannya.

Hampir terkejut juga dia bila abg long kata novel nya dah naik tangga nombor satu dalam carta MPH sejak dua minggu kebelakangan ini. Sekurang2nya dia rasa lega sangat2 sebab dah buat apa yang terbaik untuk buku itu. Banyak respons positif yang diterima selain dari galakan dan tahniah atas kelahiran novelnya. Dan tak lupa juga orang bertanya mengenai buku terbarunya namuan Aisya Sofea menggeleng2 kepala.


"Akak nak rehat," jawabnya ringkas. Lagi pun si kecil itu pun perlukan perhatiannya. kami juga ada bertanya tentang novel terbarunya, yang mana itu merupakan kesinambungan dari beberapa watak dalam beberapa novel sebelum2nya. Jadi selepas ini tentulah kisahnya akan jadi kisah yang baru dengan watak2 yang baru. Namun Aisya Sofea hanya tersenyum sahaja. Tentu ada cerita atau plot yang sedang berlegar2 didalam kepalanya. Siapa tahu kan , dalam diam2 tu, ada jek nanti..

Apa2 pun jangan rehat lama2 kak Aisya oii! Nanti ramai peminat diluar sana nangis menanti buku akak. Alahaii..

Kami harapkan Aisya Sofea akan sentiasa success dalam bidangnya serta sejehtera bersama keluarga tercinta apatah lagi dengan kehadiran orang baru.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati