Komen dari peminat novel yang sudah pun selesai membaca novel terbaru dari Alaf21 ini. Kita ikuti pendapat beliau.

Komen peribadi

Walaupun perjalanan pelayaran kali ini tenang, tetapi saya tidak dibawa ke persinggahanan yang menarik dari pelayaran ini. Cuma cuacanya yang agak tidak menentu. Sekejap mentari terang menyinari, adakala mendung menghiasi alam, dan hujan tidak pernah lupa menyirami perut bumi agar langit cerah menampakkan diri lagi.


Nukilan Rose Harissa lebih cenderung kepada pembacaan remaja muda yang sedang menerokai dunia berdikari dan berkasihsayang. Sebagai seorang remaja dewasa, saya tidak rasai kepuasan menikmati sajian yang disediakan dalam pelayaran kali ini. Walaupun pelayaran kali ini mengambil masa yang agak lama untuk pulang, tidak banyak pemandangan indah yang dapat saya nikmati.
Moga Rose Harissa akan terus berkarya dan memantapkan lagi persembahan akan datang.

Moral dari penghayatan novel

Sebagai manusia, kita dikurniakan dengan pelbagai perasaan. Apabila sesuatu perasaan menguasai diri, kita seharusnya bijak mengendalikan akal dan fikiran untuk sama2 beriringan dengan perasaan yang hadir. Tetapi tidak saya nafikan ia tidaklah semudah yang dijangka. Sering terjadi, kita lebih cenderung untuk mengikut nafsu ‘jahat’ dari memikirkan kesan dari tindakan yang diambil. Di sinilah benarnya peribahasa “kesal kemudian tiada gunanya”.


Seringkali juga kita alpa dengan keadaan sekeliling yang memungkinkan tindakan kita mendapat reflex yang negatif samada terhadap insan lain atau diri sendiri. Kita juga adakalanya alpa untuk mengingatkan diri sendiri akan ketentuan dan kekuasaan Allah SWT.

Sifat pemaaf adalah salah satu sifat yang sangat mulia. Tetapi… berapa ramaikah diantara kita yang dengan ringan mulut meminta kemaafan seawal kesedaran atau seikhlas hati memberi kemaafan? Ya, adakala, sebagai insan yang tidak puas digoda syaitan, kita mengikut telunjuk yang tidak baik tanpa berfikir panjang.

Bila nafsu menguasai segenap akal dan fikiran, kadangkala kita alpa pada iman yang dibekalkan. Sesungguhnya tiada seorang manusia pun yang terlepas dari godaan dan bisikan syaitan. Wallahualam…

kasih


Terima kasih diucapkan kepada pembaca diatas, semoga setiap novel keluaran Alaf21 ada mesejnya yang tersendiri selain dari cerita yang dipaparkan.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati