Pada hari Sabtu 11 Nov yang lepas, Alaf21 FC berkesempatan untuk mengunjungi jemputan rumah terbuka hari raya oleh Novelis yang tidak asing lagi iaitu Anis Ayuni. Dan tanpa disangka2, kami merupkan kumpulan yang pertama sekali sampai, tepat2 jam 1 tgh hari. Namun kami usulkan ke Mesjid berhampiran untuk Solat Zuhur selain serta mengucap syukur kerana akhirnya sampai juga rumah kak Anis walaupun sesat2 gitu. Dan tak lupa , doa makan baca siap2..hik hik
( Kak Anis Ayuni bersama Abg Z dan dua anak bujangnyanya. Sebelah kanan ialah abg long manakala, kiri belakang ialah anak abg long . Eh! mana mersiknya ? Oops terlekat dimeja makan , alahaii...gegegege )
Kak Anis dan husbandnya Abg Z begitu ramah sekali melayan kami. Jamuannya, huh! penuh satu meja. Ada nasi minyak dengan lauk rendang serta ayam masak merah, laksa, buah2an dan juga kuih2 raya. Semuanya kak Anis buat sendiri..
Ramai juga tetamu yang datang selepas tuh, termasuk rakan2 guru kak Anis serta jiran2 terdekat. Kami tak nampak pun kelibat novelis yang lain walau ada juga beberapa bloggers yang nampak macam kenal seperti Klena dan Infazety.
Kak Anis sibuk melayan tetamunya. Kami buat macam umah sendiri hik hik. Apa tu orang kata, self service. Anak bujang kak Anis pun sibuk juga melayan. Jangan tak tahu, anak bujang kak Anis nih pandai kedapur, siap memasak2 lagi, caya laa.. Abang Z rajin mudah mesra dan rajin berborak.
Kami perasan juga ada beberapa buah novel Kak Anis atas meja kuih. Amboi2 kak Anis, kira cam nak promotelah tuh. Ooo takpe, nanti kita cerita pasal novel baru pulak ye..
Apabila jam menginjak pukul dua lebih, langit yang tadinya cerah bertukar kelam dengan awan larat yang sarat menghitam menyelubungi langit Kinrara. Dan tanpa dipinta2 beberapa minit lepas tu turunlah hujan rahmat selebat2nya. Kami jadi terperangkap disitu. Namun tiada masalah kerana makanan di meja masih lagi penuh, maka terpaksalah kami menjamunya untuk kali yang ke..err..er..tah ler..banyak kali ooo..
Maklum ler, sekarang nih tiap2 petang hujan. Kadang2 sampai air melimpah ruah menjadi banjir kilat. Kami takut juga kalau2 tak sempat bergerak kedestinasi seterusnya. Ada satu lagi rumah novelis yang menanti.
Akhirnya lebih kurang pukul 3.30 ptg kami pun beredar setelah agak berlama2 disitu. Hujan pun dah mula berhenti. Rasanya lepas tu, tentu ramai lagi yang datang kerumah kak Anis. Datang jangan tak datang..hik hik
Kami bagi pihak Alaf21 FC mengucapkan jutaan terima kasih kepada kak Anis Ayuni, Abg Z dan anak2 nya kerana sudi menjemput kami dan melayan dengan baik sekali. Segala budi baik Kak Anis sekeluarga tak dapat kami lupakan.
Ini merupakan kenangan yang terindah sekali, membuatkan kami sangat2 gembira dan rasa macam nak datang lagi jek, dan lagi..dan lagi..alahaii
Apa2 pun kami doakan Kak Anis Ayuni success selalu dan sentiasa aktif dalam menulis novel.
mersik
0 comments
Post a Comment