Selepas menjamu makan, kami semua berehat didalam lobby Alaf21 sebab tak tahan akan panas mentari yang membahang. Namun didalam juga tidak kurang sesaknya. Dalam pada itu ramai juga novelis yang keluar masuk atas urusan masing2 selain dari untuk membeli buku.

Kami pun apa lagi, terus berpakat2 hendak menangkap sahaja novelis yang masuk tu untuk bergambar bersama. Uii..tak senonoh betul budak Alaf21 FC ni. Habis tu nak buat macam mana? Nak tunggu ramai2 masuk serentak tentunya sukar. Apatalah lagi dengan kedatangan pihak media seperti RTM dan juga Karangkraf sendiri.

Walau bagaimana pun segalanya berjalan dengan lancar, malahan jadi serba lucu pula. Novelis2 seperti Nia Azalea, Ilani Mysara , Ramli Awang Murshid, Durah Fatiha, Anis Ayuni, Lily haslina Nasir , Liza Zahira, Richie Rachman, Sri Diah, Sharifah Abu Salem dan lain2 lagi tak putus2 ditarik duduk dan dipaksa bergambar. Ada sekali hampir kesemua novelis ada hingga penuh ruang. Terpaksalah berhimpit2 dan berasak2 hingga bersila2 orang yang duduk didepan. Memang seronok…

Dan apabila sudah berjumpa dengan novelis sekalian, memang banyak benda yang yang dibuat. Ada yang minat sangat pada Ramli Awang Murshid dan tak sabar2 nak bergambar dengannya. Ada yang suka sangat2 berjumpa Lily Suryani sambil terlompat2 dibuatnya. Ada juga yang malu2 nak tegur Ilani Mysara untuk sain novel terbarunya Bayu Asmara. Ada pula yang tercari2 Durra Fatiha walau pun penulis tu ada didepan matanya. Alahai… macam2 hal laa kalian nih..

Kami semua seronok masa tuh. Rasa macam nak duduk lama pulak. Tapi memandangkan sebahagian dari ahli kami ada hal, mereka terpaksa berundur dahulu.

Apabila hampir ke pukul 3 ptg, majlis menjadi semakin lengang. Dan kami masih menunggu lagi. Kadang2 mengulangi makanan entah round yang keberapa tah. Tak sangka pula lepak2 kami disaat akhir akan menemukan seorang lagi novelis yang sememangnya dinantikan kedatanganya. Siapa lagi kalau bukan Aisya Sofea. Beliau sampai bersama suami dan seorang dari anak2nya. Sempat jugalah berbual2 seketika bertanyakan khabar dan cerita.

Dan selepas itu pabila awan yang cerah sudah mula bertukar gelap, kami terpaksa meminta diri. Takut kalau2 apabila sudah hujan akan kelam kabut jadinya.

Akhir sekali kami ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga pada pihak Alaf21 kerana sudi untuk menjemput kami ke majlis tersebut. Semoga Alaf21 tak akan serik untuk menjemput kami dimasa2 akan datang. Ampun dan maaf kalau ada salah silap kami, maklumlah budak2 Alaf21 FC memang nih pantang jumpa buku dan novelis, kadang2 sampai tak terkawal jadinya hik hik.

Terima kasih untuk ole2 dan juga kalender. Juga kenangan2 yang manis sepanjang majlis tersebut. Akan kami kenang sampai bila2.

Hidup Alaf21 !.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati