Kenalkah anda pada novelis ini? Siapa sangka kami akan tersua dengannya yang sudah agak lama menyepi2kan diri. Apabila novel pertamanya berjudul " Rindu dikalbu " keluar, tak lama lepas tu novelis ini seakan2 senyap tanpa berita. Nasib baiklah kami terserempak dengannya sewaktu berhari raya. Alahaii.. kami nih memang selalu bernasib baik, selalu jek terserempak dengan novelis2 masa beraya2. Lagilah bernasib baik kalau terserempak dengan makanan2..gegege
Beliau turut hadir di rumah terbuka Damya Hanna bersama suami dan tiga anak perempuannya. Kalau tidak, entah bilalah kami nak jumpa. Kami berbual2 mengenai kehidupannya dan juga kesibukan aktiviti sehariannya. Walau bagaimana pun, beliau selalu mengambil tahu tentang perkembangan novel Alaf21 dan tidak lupa mendapatkan novel2 yang terbaru dipasaran.
Selain dari itu, kami juga tidak melepaskan peluang untuk menginterview dan mengorek2 rahsia kemana beliau menghilangkan diri selama ini. Mungkinkah ada projek baru yang sedang diusahakan atau pun ada sebab2 lain. Seperti biasa, beliau tentunya sibuk dengan kerjaya dan urusan keluarga, apatah lagi anaknya yang sulongnya bakal menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi.
( Durrah Fatihah bersama tiga anak perempuannya, yang lelaki tak ikut )
Dan selain dari itu tentulah pasal buku. Memang sah telahan kami, memang benar2 belaka. Beliau juga sedang menyiapkan draf terakhir novel keduanya. Wah! menarik tu. Apabila dirisik2 dan di pujuk2 untuk menceritkan serba sedikit perihal novelnya, beliau hanya ketawa sahaja. Walau bagaimana, kata beliau, tema ceritanya tak lari dari pada kisah cinta. Namun cinta dalam zaman atau usia yang pertengahan. Itu sahajalah yang dia boleh cakap sikit2. Nak tahu lebih lanjut, kenalah tunggu novelnya keluar dahulu.
Durrah Fatihah tidak dapat berlama2 disitu. Namun kami rasa gembira dengan pertemuan yang tak disangka2 itu. Akhir kata, kami doakan supaya proses penilaian novel Durrah Fatiha kali ini akan berjalan dengan lancar dan diharap novel keduanya akan lebih menyumpit lagi. Semoga beliau akan berjaya...
mersik
0 comments
Post a Comment