Pada hari semalam (Selasa 21 Nov), kami telah berkunjung ke Premis Alaf21 di Sek 15 Shah Alam kerana dijemput untuk memeriahkan Jamuan Hari Raya yang hampir sampai ke penghujungnya.

Bak kata orang , musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Demikianlah yang terjadi pada sebahagian dari kami yang memang sudah siap sedia diberitahu akan jemputan ini sejak beberapa hari yang lalu.


Lihat sahahajalah gambar diatas, dimana kami tidak mengambil peluang langsung untuk melepaskan mana2 novelis yang dijumpai. Semuanya ditangkap hidup2 dan disuruh2 bergambar, menandatangan novel, berbual2, beramah mesra dan sebagainya.

Kira menarik sungguh la pengalaman semalam tuh. Tak apalah, nanti kami akan bercerita dengan lebih banyak lagi.. Sabar ye.

Nota :

Kalau anda perasan, ada beberapa orang novelis didalam gambar diatas. Cuba cari mana2 novelis yang anda mungkin kenal.

( Ini untuk yang tak datang semalamlah. Yang datang tu tak payah lah, mesti anda dah tahu punya..tak aci nanti )

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati